Friday 19 June 2015

Ramadhan datang lagi.


Alhamdulillah,dah 2 hari kita berpuasa untuk Ramadhan tahun ni..Bila menjelang je Ramadhan,kita perlu grab sebanyak yg mungkin pahala.sebab bulan ni Allah yg Maha Pemurah bagi kita pahala beribadat berlipat kali ganda.

Ingat lagi pengalaman masa berpuasa masa kecik2 dulu.Allah,indah sungguh! Kalau nak diceritakan satu2 memang tak kan habis sampai esuk.huhuu.Kila di ajar berpuasa penuh sejak berumur 6 tahun lagi.biasanya kan parents akan pancing anak2 dia ''kalau awak puasa penuh,ayah/mama belikan awak hadiah'' huhu..ayah mama pun dulu macam tu jugak..ayah mama cakap ''kalau Along (Kila) puasa penuh tahun ni mama ayah belikan basikal baru'' huhuu.tulah semangat nak puasa.tapi ayah ingatkan, ''niat puasa tu kerana Allah,bukan kerana ganjaran yang ayah akan bagi.ganjaran ayah tak seberapa dibandingkan ganjaran Allah'' tapi tht time kecik lagi kan.memang niat nak puasa tp masa tu lebih kepada nak basikal lah.huhuu..and alhamdulillah,dapat puasa 30 hari pada tahun tu.tahun tu jugak banyak duit raya.huhu.bila semua tanya puasa tak,Kila jawab puasa penuh,semua pakat bagi lebih.hahha.

Pengalaman sedih masa puasa tahun 2007.Time tu mama sakit :'( mama ada cancer tyroid. so badan mama lemau je.Selalu berbuka tanpa mama sbb mama nak rehat.tapi sakit2 mama pun mama tetap kuat masakkan juadah berbuka untuk kami.TQ MAMA. :')

Pengalaman puasa tahun lepas.huhu..lagi lah sadis..memang tak puasa! haha..puasa 5 ke 6 hari je. masa tu preggy kan so mmg tak boleh tak makan or minum.nanti badan mengigil.so terpaksa la makan n minum.huhu.tapi dah ganti dah ya. :D

Okayyss..moga Ramadan tahun ni memberi banyak kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat..Syukur Allah ketemukan kita dgn bulan yg penuh barakah nii.. :)


Wednesday 17 June 2015

fasa dalam perkahwinan





 Lama sudah tak update blog ni.huhu. :D harini terpanggil untuk tulis entry ni,FASA DALAM PERKAHWINAN.seperti yg kita semua tahu perkahwinan ni adalah sebuah ikatan yang dibina antara lelaki dan perempuan.Setiap hubungan pernikahan tu pasti akan adanya yg melalui fasa fasa berikut. Mana ada hubungan yg tak ada masalah.kadang2 Allah turunkan juga ujian untuk kita untuk menguji kita.Sedangkan lidah lagi tergigit kan? :)

     

Alhamdulillah,dah tertulis yg jodoh Kila and husband sampai awal.Kila 18 dan Nasrul 19 tahun..Kehidupan kami still tak sempurna lagi.masih banyak yg kurang.Tapi syukur kami dikurniakan permata yg selalu serikan hidup kami. Rumah masih dalam pembinaan and sekarang masih menumpang di rumah parents Kila and mereka sangat banyak membantu.alhamdulillah.Insha ALLAH akan datang banyak lagi rezeki kami. Allah maha mengasihani.


FASA PERTAMA PERKAHWINAN

Fasa PERTAMA perkahwinan iatu, 5 Tahun awal Perkahwinan,kita dan pasangan akan Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta seperti tiada rumah sendiri,tiada kereta sendiri,duit sentiasa kurang,pokoknya ada je yang kurang,Hubungan pula selalu je bergaduh,bila silap sikit masing2 nak naik hangin tanpa fikir panjang.tp biasanya suami yg banyak bersabar.Sebab kalau ikutkan emosi perempuan memang habislah! sebabtu la,lafaz cerai tidak untuk si isteri. :')

FASA KEDUA PERKAHWINAN

Fasa kedua pula,masuk 10 tahun perkahwinan,Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah kestabilan.Barulah ada kereta sendiri,rumah sendiri.Hubungan suami isteri makin rapat dan mampu uruskan rumah tangga dengan matang.

FASA KETIGA PERKAHWINAN

Masuk ke lima belas tahun perkahwinan,iatu fasa ketiga perkahwinan,Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.Anak2 pun dah membesar,dah boleh tolong ibu mengemas semua kan.so tak lah si ibu stress n membebel je bila kemas lepastu bersepah balik.huhu..


Kila pernah terbaca satu ayat ni..
''KESETIAN WANITA DI UJI KETIKA SI SUAMI TIDAK PUNYA APA2 TETAPI KESETIAN LELAKI DIUJI KETIKA DIA PUNYA SEGALANYA..''

Memang betul tu,kita ni orang perempuan akan terima je kekurangan suami kita dari segala sudut.Kita berusaha tolong n bantu suami untuk kehidupan yg lebih baik,kalau suami kita nak cari lain nak buat macam mana kan.siapa kita nak lawan takdir Allah? :')

Setakat tu je entry Kila harini..moga bermafaat pada semua orang.TQ SEBAB SUDI LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA :)