Wednesday 17 June 2015

fasa dalam perkahwinan





 Lama sudah tak update blog ni.huhu. :D harini terpanggil untuk tulis entry ni,FASA DALAM PERKAHWINAN.seperti yg kita semua tahu perkahwinan ni adalah sebuah ikatan yang dibina antara lelaki dan perempuan.Setiap hubungan pernikahan tu pasti akan adanya yg melalui fasa fasa berikut. Mana ada hubungan yg tak ada masalah.kadang2 Allah turunkan juga ujian untuk kita untuk menguji kita.Sedangkan lidah lagi tergigit kan? :)

     

Alhamdulillah,dah tertulis yg jodoh Kila and husband sampai awal.Kila 18 dan Nasrul 19 tahun..Kehidupan kami still tak sempurna lagi.masih banyak yg kurang.Tapi syukur kami dikurniakan permata yg selalu serikan hidup kami. Rumah masih dalam pembinaan and sekarang masih menumpang di rumah parents Kila and mereka sangat banyak membantu.alhamdulillah.Insha ALLAH akan datang banyak lagi rezeki kami. Allah maha mengasihani.


FASA PERTAMA PERKAHWINAN

Fasa PERTAMA perkahwinan iatu, 5 Tahun awal Perkahwinan,kita dan pasangan akan Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta seperti tiada rumah sendiri,tiada kereta sendiri,duit sentiasa kurang,pokoknya ada je yang kurang,Hubungan pula selalu je bergaduh,bila silap sikit masing2 nak naik hangin tanpa fikir panjang.tp biasanya suami yg banyak bersabar.Sebab kalau ikutkan emosi perempuan memang habislah! sebabtu la,lafaz cerai tidak untuk si isteri. :')

FASA KEDUA PERKAHWINAN

Fasa kedua pula,masuk 10 tahun perkahwinan,Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah kestabilan.Barulah ada kereta sendiri,rumah sendiri.Hubungan suami isteri makin rapat dan mampu uruskan rumah tangga dengan matang.

FASA KETIGA PERKAHWINAN

Masuk ke lima belas tahun perkahwinan,iatu fasa ketiga perkahwinan,Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.Anak2 pun dah membesar,dah boleh tolong ibu mengemas semua kan.so tak lah si ibu stress n membebel je bila kemas lepastu bersepah balik.huhu..


Kila pernah terbaca satu ayat ni..
''KESETIAN WANITA DI UJI KETIKA SI SUAMI TIDAK PUNYA APA2 TETAPI KESETIAN LELAKI DIUJI KETIKA DIA PUNYA SEGALANYA..''

Memang betul tu,kita ni orang perempuan akan terima je kekurangan suami kita dari segala sudut.Kita berusaha tolong n bantu suami untuk kehidupan yg lebih baik,kalau suami kita nak cari lain nak buat macam mana kan.siapa kita nak lawan takdir Allah? :')

Setakat tu je entry Kila harini..moga bermafaat pada semua orang.TQ SEBAB SUDI LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA :)

No comments:

Post a Comment